Dimensi burnout dalam kalangan pensyarah Muslim semasa pandemik: Analisis dan implikasi pasca-pandemik

Authors

  • Ainuddin Kamaruddin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia.
  • Raja Nurul Hafizah Raja Ismail Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia.
  • Nur Yani Che Hussin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia.
  • Wan Nur Ainna Waheda Rozali Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Keywords:

Pandemik, pensyarah Muslim, kelesuan emosi

Abstract

Perubahan yang drastic dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu pandemik telah memberi kesan iaitu kelesuan emosi atau burnout pada semua sektor termasuklah sektor pendidikan tinggi iaitu dalam kalangan pensyarah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap burnout dalam kalangan pensyarah Muslim di Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik iaitu Inventori Burnout Maslach dalam versi Bahasa Melayu dan dijalankan secara dalam talian terhadap golongan pensyarah Muslim. Seramai 303 orang responden (N=303) daripada kalangan pensyarah Muslim di IPTA dan IPTS seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kajian tinjauan ini. Hasil tinjauan mendapati 49% pensyarah mengalami tahap kelesuan emosi sederhana, 32% mengalami tahap rendah manakala 19% mengalami tahap kelesuan emosi tinggi. Bagi aspek depersonalisasi, 52% pensyarah di tahap sederhana, 14% di tahap rendah dan 34% berada di tahap tinggi. Dari aspek penurunan pencapaian diri, hasil kajian mendapati 79% daripada kalangan pensyarah merasakan penurunan pencapaian diri semasa PDPDT ketika musim penularan pandemik COVID-19. Selain itu, 22 % pensyarah lelaki dan 19% pensyarah perempuan mengalami kelesuan emosi pada tahap tinggi, 39% pensyarah lelaki dan 32% pensyarah perempuan mengalami depersonalisasi pada tahap tinggi serta 71% pensyarah lelaki dan 83% pensyarah perempuan merasakan pencapaian kendiri yang rendah sepanjang pandemik. Hasil analisis inferensi juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan pada konstruk kelesuan emosi dan pencapaian kendiri (p<0.05). Kesimpulannya, para pensyarah mengalami kelesuan emosi dan depersonalisasi di tahap sederhana, manakala kajian ini mendapati bahawa para pensyarah majoritinya mengalami penurunan dalam pencapaian diri. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak berwajib untuk merancang intervensi bagi mengatasi burnout dalam kalangan pensyarah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Kamaruddin, A., Raja Ismail , R. N. H., Che Hussin , N. Y., & Rozali, W. N. A. W. (2025). Dimensi burnout dalam kalangan pensyarah Muslim semasa pandemik: Analisis dan implikasi pasca-pandemik. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 336–343. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3833