Penggunaan ICT dan pengaruh media sosial terhadap pelajar masa kini
Keywords:
ICT, Media, Akhlak, Peranan, Fungsi, ImpakAbstract
Kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan ICT dan pengaruh media sosial terhadap akhlak pelajar masa kini. ICT dan Media sosial adalah satu medium yang baik untuk bersosial sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia selain mendapat kenalan baru dan berhubung dengan kenalan lama yang telah terputus hubungan komunikasi. Pengguna media sosial dalam mengunakan media sosial seperti Facebook, Tiktok, Instagram dapat memberikan Impak kepada pelajar masa kini kerana sikap ingin tahu dan ingin cuba perkara baru dikalangan mereka. Media sosial juga boleh dijadikan medium dakwah untuk menarik minat remaja bagi mengelakkan gelaja sosial yang semakin berleluasa sehingga kini. Pengkaji telah memilih hanya pengguna dalam talian secara rawak dalam aplikasi Facebook kerana penggunaannya yang meluas. Jumlah keseluruhan pengguna yang dipilih 100 orang. Artikel ini menggunakan kaedah soalan kaji selidik. Terdapat 20 soalan yang mudah difahami dan sebanyak 100 sampel telah diedarkan secara dalam talian. Hasil kajian menunjukkan impak penggunaan ICT dan pengaruh Media Sosial dikalangan pelajar mampu membantu pelajar ke arah kecermelangan di dunia mahupun akhirat dan penggunaannya hendaklah mengikut Syariat Islam serta menjadikan kecanggihan ICT dan Media sebagai medium dakwah bagi diri sendiri dan masyarakat sekitar.










