Undang-Undang Keterangan dalam Kes Fasakh di Mahkamah Syariah Malaysia: Satu Sorotan Literatur

Authors

  • Ilham Mustapa Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak, Malaysia
  • Hadenan Towpek Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak, Malaysia
  • Rafeah Saidon Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak, Malaysia

Keywords:

Undang-undang keterangan, fasakh, Mahkamah Syariah, beban pembuktian, darjah pembuktian, pernyataan saksi, maqāṣid al-sharī‘ah

Abstract

Undang-undang keterangan merupakan teras penting dalam sistem kehakiman kerana menentukan mekanisme pembuktian sesuatu fakta di mahkamah. Walaupun wacana akademik mengenai undang-undang keluarga Islam semakin meluas, sorotan literatur menunjukkan bahawa aspek undang-undang keterangan dalam kes fasakh di Mahkamah Syariah masih belum diberi perhatian mendalam. Penulisan terdahulu lebih menumpukan kepada alasan fasakh dan prosedur perbicaraan, sedangkan isu kritikal seperti beban pembuktian, darjah pembuktian serrta potensi penggunaan pernyataan saksi bertulis belum dianalisis secara sistematik. Artikel ini menilai secara kritis perkembangan literatur berkaitan undang-undang keterangan dalam kes fasakh dengan memberi tumpuan kepada kerangka teori Syariah, analisis perbandingan dengan Mahkamah Sivil, serta dasar pentadbiran kehakiman. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen dan kaedah content analysis bagi mengenal pasti tema utama serta jurang pengetahuan. Dapatan menunjukkan wujud ketidakkonsistenan antara prinsip normatif fiqh dan amalan kehakiman, khususnya dalam penentuan beban dan tahap pembuktian, yang memberi kesan terhadap keberkesanan prosiding fasakh. Kajian ini mencadangkan penyelidikan normatif-empiris lanjut berasaskan pengalaman hakim, peguam syarie, dan pihak berperkara bagi membangunkan kerangka pembuktian yang lebih konsisten dan responsif. Penambahbaikan ini diyakini dapat memperkukuh sistem perundangan Syariah agar lebih efisien, adil, serta selaras dengan maqāṣid al-sharī‘ah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-29

How to Cite

Mustapa, I., Towpek, H., & Saidon, R. (2025). Undang-Undang Keterangan dalam Kes Fasakh di Mahkamah Syariah Malaysia: Satu Sorotan Literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 294–308. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3830