Interaksi faktor demografi dan perkhidmatan sukan terhadap kepuasan pelajar universiti awam di Sabah

Authors

  • Ahmad Fadly Abdul Rahman Akademi Golf Nasional, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah Darul Aman, Malaysia
  • Fatin Aqilanajwa Adenan Akademi Golf Nasional, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah Darul Aman, Malaysia
  • Labiyana Hanif Ali Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah Darul Aman, Malaysia.
  • Suddin Lada Fakulti Perniagaan, ekonomi & Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

Keywords:

Faktor demografi, perkhidmatan sukan, kepuasan pelajar, universiti awam

Abstract

Kajian ini meneliti interaksi antara faktor demografi dan perkhidmatan sukan terhadap kepuasan pelajar di universiti awam Sabah. Responden terdiri daripada pelajar dengan latar belakang demografi yang pelbagai termasuk jantina dan etnik. Analisis perkhidmatan sukan merangkumi lima aspek utama iaitu keketaraan, kebolehpercayaan, kepekaan, jaminan dan empati. Dapatan menunjukkan bahawa semua aspek perkhidmatan berada pada tahap sederhana, dengan keketaraan menjadi aspek paling dominan manakala kebolehpercayaan paling rendah. Hasil kajian juga membuktikan terdapat hubungan positif dan signifikan antara perkhidmatan sukan dengan kepuasan pelajar. Kajian ini menegaskan bahawa faktor demografi bersama perkhidmatan sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kepuasan pelajar. Implikasi kajian ini memberi panduan kepada pihak pengurusan universiti awam di Sabah untuk memperkukuh strategi pembangunan perkhidmatan sukan yang lebih inklusif dan responsif terhadap kepelbagaian demografi pelajar.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-21

How to Cite

Abdul Rahman, A. F., Adenan, F. A., Hanif Ali, L., & Lada, S. (2025). Interaksi faktor demografi dan perkhidmatan sukan terhadap kepuasan pelajar universiti awam di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 246–257. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3818