Interpretasi lakaran motif bunga dalam seni ukiran kayu Adiguru Abd. Muhaimin Hasbolla

Authors

  • Yusniza Mohamed Yusof Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Harleny Abd. Arif Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Norakmal Abdullah Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Nurul Eza Martu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,

Keywords:

Adiguru Abd. Muhaimin Hasbollah, lakaran motif bunga, seni ukiran kayu, estetika Melayu, simbolisme budaya, warisan

Abstract

Seni ukiran kayu Melayu merupakan warisan budaya yang sarat dengan nilai estetika serta makna simbolik yang diwarisi secara turun-temurun sejak berabad lamanya. Ia bukan sekadar berperanan sebagai hiasan, tetapi turut mengandungi falsafah kehidupan, nilai kerohanian, serta pandangan masyarakat Melayu. Antara elemen penting dalam ukiran kayu ialah motif bunga, yang berfungsi sebagai medium ekspresi budaya, lambang keseimbangan alam, kehalusan seni, serta manifestasi nilai spiritual yang dipercayai sejak dahulu. Kajian ini membincangkan interpretasi lakaran motif bunga dalam seni ukiran kayu karya Adiguru Abd. Muhaimin Hasbollah. Lima motif utama, iaitu bunga asam gelugur, bunga bungor, bunga kopi, bunga mempisang, dan bunga tanjung telah dianalisis melalui kaedah kualitatif berasaskan analisis visual dan temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lakaran bukan sahaja berfungsi sebagai panduan teknikal, malah memuatkan nilai estetika, falsafah, dan simbolisme yang mendalam. Motif bunga melambangkan keharmonian, ketekunan, kesucian, serta hubungan erat masyarakat Melayu dengan alam semula jadi. Kajian ini juga mengesahkan bahawa lakaran memainkan peranan penting dalam menjamin imbangan, kesatuan, dan irama dalam penghasilan karya seni. Implikasi kajian ini menegaskan kepentingan dokumentasi sistematik bagi pemeliharaan warisan seni ukiran kayu Melayu, selain menyediakan rujukan ilmiah untuk pendidikan, industri kreatif, dan generasi muda dalam memahami serta menginovasikan seni tradisional tanpa menjejaskan akar budayanya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-21

How to Cite

Mohamed Yusof , Y., Abd. Arif, H., Abdullah, N., & Martu, N. E. (2025). Interpretasi lakaran motif bunga dalam seni ukiran kayu Adiguru Abd. Muhaimin Hasbolla. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 185–209. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3814