Analisis kandungan informasi zakat dalam platform digital institusi zakat di Malaysia

Authors

  • Azri Bhari Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Nik Airin Aqmar Nik Azhar Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohd Ashrof Zaki Yaakob Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohd Faiz Mohamed Yusof Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohd Yusra Abdullah Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Mohammad Mahyuddin Khalid Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Nurulaina Saidin Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
  • Nurhanani Romli Department of Economics, Faculty of Management and Economics, Sultan Idris Education, University, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Rizqi Anfanni Fahmi Universitas Islam Indonesia Yogjakarta
  • Noraizad Rosli Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Keywords:

informasi zakat, platform digital, institusi zakat di Malaysia

Abstract

Penyampaian informasi zakat melalui platform digital semakin penting dalam memperkukuh kefahaman, kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap kewajipan zakat. Kajian ini menganalisis kandungan informasi zakat yang diterbitkan oleh institusi zakat di Malaysia melalui laman sesawang rasmi, dengan memberi tumpuan kepada bentuk kandungan yang disediakan serta kepelbagaian istilah yang digunakan dalam penyampaian pendidikan zakat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif terhadap 15 laman sesawang institusi zakat negeri dan persekutuan bagi mengenal pasti jenis maklumat, pendekatan komunikasi dan strategi penyampaian digital yang digunakan untuk mendidik masyarakat. Dapatan menunjukkan wujudnya pelbagai istilah seperti dakwah, promosi, kempen dan pendidikan yang mencerminkan variasi pendekatan komunikasi antara institusi. Analisis turut mendapati perbezaan dari segi keluasan dan kedalaman kandungan, namun keseluruhannya berkongsi objektif yang sama, iaitu meningkatkan literasi zakat dan mengukuhkan kepatuhan masyarakat terhadap kewajipan berzakat. Kajian ini mencadangkan pembentukan Pelan Pendidikan Zakat Nasional yang mengintegrasikan dakwah, komunikasi strategik dan teknologi digital bagi menyeragamkan penyampaian informasi serta mempertingkat keberkesanan pendidikan zakat di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-12-18

How to Cite

Bhari, A., Nik Azhar, N. A. A., Yaakob, M. A. Z., Mohamed Yusof , M. F., Abdullah, M. Y., Khalid , M. M., … Rosli, N. (2025). Analisis kandungan informasi zakat dalam platform digital institusi zakat di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(79), 174–184. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3812