Analisis simbolik dan estetik motif bunga orkid dalam sulaman tangan
Keywords:
Sulaman tangan, motif orkid, semiotik, estetika Kant, pendidikan seni visual, warisan budayaAbstract
Motif bunga orkid dalam sulaman tangan bukan sahaja berfungsi sebagai elemen hiasan, tetapi turut membawa makna simbolik dan nilai estetik yang tinggi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif interpretatif untuk menganalisis ciri visual, simbolik, dan nilai estetik motif bunga orkid dalam sulaman tangan tradisional Melayu. Data diperoleh daripada 30 sampel sulaman yang dipilih secara purposive dari muzium, penggiat seni tempatan, dan dokumentasi fotografi. Analisis dijalankan menggunakan analisis tematik berasaskan teori semiotik dan estetika Kant, dengan mekanisme kebolehpercayaan data melalui triangulasi dan member checking. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap teknik sulaman, termasuk Satin Stitch, French Knot, Blanket Stitch, dan Bullion Stitch, memberi impak berbeza terhadap persepsi visual dan simbolik motif bunga orkid. Analisis semiotik menekankan peranan ikon, indeks, dan simbol dalam menyampaikan makna budaya, manakala analisis estetika Kant menyorot pengalaman estetik yang bersifat universal. Kajian ini memberi sumbangan kepada pemahaman mendalam tentang peranan motif bunga orkid dalam melestarikan warisan budaya, memperkukuh identiti kolektif, serta memperkaya pedagogi dalam pendidikan seni










