Pembangunan model kompetensi kepimpinan digital pengetua sekolah di Malaysia
Keywords:
Kepimpinan Digital, Kompetensi Pengetua, Model Kompetensi Dinamik JARIAH, Dasar Pendidikan Digital (DPD),, Design and Development Research (DDR), Fuzzy DelphiAbstract
Kajian reka bentuk dan pembangunan ini akan membangunkan dan mengesahkan Model Kompetensi Kepimpinan Digital Dinamik JARIAH khusus untuk Pengetua Sekolah Menengah di Malaysia, selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) KPM. Kajian ini mengisi kekosongan model kompetensi digital yang sesuai dengan konteks tempatan bagi menyokong transformasi digital dalam kepimpinan pendidikan. Menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) tiga fasa, kajian dimulakan dengan analisis keperluan melalui temu bual pakar untuk mengenal pasti jurang kompetensi sedia ada. Fasa kedua melibatkan reka bentuk model dengan mengintegrasikan empat teori dan empat model kepimpinan digital, yang disahkan kandungan dan strukturnya oleh 30 pakar menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM). Fasa ketiga menilai amalan model ini dalam kalangan 450 pengetua sekolah dari empat zon berbeza, menggunakan analisis faktor eksploratori dan konfirmatori (EFA dan CFA) untuk mengesahkan kesahihan dan kebolehpercayaan model. Model JARIAH yang dibangunkan berteraskan empat konstruk utama: Kompetensi Kendiri, Kompetensi Kepimpinan Berwawasan, Kompetensi Amalan Profesional dan Produktiviti, serta Kompetensi Etika dan Sosial. Akronim JARIAH mencerminkan ciri kepimpinan penting yang diperlukan, iaitu ketepatan dalam keputusan data digital (Jitu), kebolehsesuaian teknologi (Adaptif), tindak balas pantas (Responsif), inovasi digital (Inovatif), pengurusan projek yang tangkas (Agil), dan pendekatan holistik dalam transformasi digital. Model ini dijangka menjadi kerangka praktikal berasaskan bukti untuk memperkukuh kepimpinan digital Pengetua sekolah di Malaysia.










