Hala tuju pembangunan nuclear Iran pasca perang Israel 13 - 24 June 2025
Keywords:
Nuklear, Iran, Cuban Missile CrisisAbstract
Serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kemudahan nuclear Iran pada 22 Jun 2025 ke atas kemudahan nuclear Fordo, Natanz dan Isfahan telah menimbulkan reaksi global terhadap persoalan kelangsungan program pembangunan nuklear Iran. Pihak AS dan Israel telah mengumumkan kejayaan operasi ketenteraan ke atas Iran dan mendakwa berjaya memusnahkan program nuklear Iran. Kajian ini menggunakan maklumat dan laporan dari pelbagai laporan agensi keselamatan serta laporan media antarabangsa bagi menganalisa kelangsungan program pembangunan nuklear Iran pasca Perang. Serangan AS dan Israel ini walau bagaimanapun telah dipertikaikan berdasarkan maklumat dan laporan agensi dan media antarabangsa yang menunjukan terdapat pelbagai pendapat yang menunjukan kesangsian, perdebatan dan percanggahan maklumat yang menimbulkan persoalan terhadap pengumuman kejayaan oleh AS dan Israel. Berdasarkan maklumat tersebut, ia menunjukan Iran mampu meneruskan program nuklearnya dengan dua kaedah iaitu meneruskan program yang sedia ada kerana ia dipercayai tidak musnah secara total. Kaedah kedua adalah mendapakan nuclear yang telah siap sebagai deterrence terhadap musuh melalui kerjasam dengan negara kuasa nuclear seperti Rusia, China, Paksitan dan Korea Utara. Malah kaedah ini pernah dilakukan oleh Rusia dalam Cuban Missile Crisis pada tahun 1962.










