Implementasi adab dan kepentingannya dalam pendidikan Tahfiz

Authors

  • Siti Aisyah Johan Faculty of Social Sciences and Hummanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain Faculty of Social Sciences and Hummanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Siti Nurjanah Mastor Mustafa Faculty of Social Sciences and Hummanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia

Keywords:

Implementasi Adab, Kepentingan Adab, Pendidikan Tahfiz

Abstract

Adab merupakan manifestasi kehalusan budi dan ketinggian peribadi yang diangkat tinggi dalam Islam merangkumi seluruh dimensi kehidupan seorang Muslim. Dalam konteks pendidikan khususnya pendidikan tahfiz, adab tidak sekadar menjadi pelengkap kepada ilmu malah menjadi tunjang kepada pembentukan akhlak al-Quran yang luhur. Seiring aspirasi kerajaan dalam memperkasa pendidikan tahfiz demi melahirkan generasi huffaz yang holistik, maka antara elemen penting yang perlu diperkasakan adalah penghayatan adab murid dalam proses menghafaz al-Quran. Justeru, objektif penyelidikan ini adalah untuk menelusuri secara mendalam dan memperincikan kepentingan adab dalam pendidikan tahfiz meliputi perspektif guru, murid dan adab terhadap diri sendiri. Metodologi dalam kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisa dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati penerapan adab dalam pendidikan tahfiz dilihat mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dalam melahirkan huffaz yang berkualiti. Selain itu, hasil kajian juga merumuskan beberapa pendekatan yang diusulkan oleh penyelidikan terdahulu untuk memperkukuh aspek ini. Implikasi kajian ini diharap dapat menjadi rujukan strategik terhadap semua pihak yang terlibat dalam ekosistem pendidikan Tahfiz dalam memperkasakan penerapan adab untuk pembentukan insan Rabbani.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-18

How to Cite

Johan, S. A., Ajmain @ Jima’ain, M. T., & Mastor Mustafa, S. N. (2025). Implementasi adab dan kepentingannya dalam pendidikan Tahfiz. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(78), 707–721. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3741