Pengaruh tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful terhadap gelagat etika kerja ejen takaful menurut perspektif peserta takaful

Authors

  • Nor Arini Abdullah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
  • Shahir Akram Hassan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia

Keywords:

Pengesyoran Produk, Peserta takaful, Gelagat, Etika Kerja, Ejen Takaful

Abstract

Ejen takaful bertanggungjawab dalam menawarkan produk perlindungan takaful yang bersesuaian dengan keperluan peserta takaful. Ejen takaful perlu mahir dalam menilai tahap keperluan peserta takaful berbanding kehendak ejen untuk meminta peserta takaful menyertai polisi takaful. Namun begitu, dalam menawarkan produk takaful, terdapat sesetengah ejen takaful yang mempunyai fokus utama untuk mendapatkan komisen yang tinggi dengan mengajak peserta takaful memilih produk takaful walaupun produk tersebut tidak sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini telah mendorong berlakunya gelagat yang tidak beretika dalam kalangan ejen takaful. Oleh itu, timbul persoalan, apakah tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful? Bagaimanakah pengaruh tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful mempengaruhi gelagat etika kerja ejen takaful? Bagi menjawab persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful; kedua, menganalisis pengaruh tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful terhadap gelagat etika kerja ejen takaful menurut perspektif peserta takaful. Data dikumpul daripada kajian lapangan sebanyak 397 orang responden dan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful mempunyai hubungan yang signifikan terhadap gelagat etika kerja ejen takaful menurut perspektif peserta takaful.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-14

How to Cite

Abdullah, N. A., & Hassan, S. A. (2025). Pengaruh tahap pengesyoran produk berdasarkan keperluan peserta takaful terhadap gelagat etika kerja ejen takaful menurut perspektif peserta takaful. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(78), 550–561. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3718