Kesediaan pekerja untuk latihan dalam talian bagi unit terapi carakerja sektor perubatan swasta

Authors

  • Shahira Amira Ramli School of Human Resource Development and Psychology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Amalina Ibrahim School of Human Resource Development and Psychology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Ana Haziqah A Rashid School of Human Resource Development and Psychology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Mas Idayu Saidi School of Human Resource Development and Psychology, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
  • Yuhanis Khalida A Rashid Department of Social Sciences, Faculty of Education and Social Sciences, Universiti Selangor (UNISEL), Malaysia

Keywords:

kesediaan pekerja, latihan dalam talian, ahli terapi carakerja

Abstract

Pascapandemik COVID-19, latihan dalam talian dipercepatkan dalam unit terapi carakerja sektor swasta namun pelaksanaannya kerap terbatas oleh infrastruktur, kemahiran digital dan penerimaan inovasi. Kajian ini menilai kesediaan pekerja untuk latihan dalam talian menggunakan Model Aydin & Tasci (2005) merentasi empat faktor (teknologi, inovasi, manusia, pembangunan diri) dan tiga dimensi (sumber, kemahiran, sikap). Seramai 70 ahli terapi carakerja di Shah Alam dipilih melalui persampelan mudah. Soal selidik Likert 5 mata dianalisis secara deskriptif dan inferensi (ujian‑t, ANOVA, korelasi Pearson; p<0.05). Kesediaan keseluruhan adalah tinggi dengan Min (SP)=4.15 (0.86). Faktor teknologi tertinggi, Min (SP)=4.41 (0.76),  pada aras dimensi, kemahiran tertinggi, Min (SP)=4.30 (0.75). Hanya pengalaman bekerja membezakan kumpulan (ANOVA p=0.017), manakala pengalaman berkorelasi positif tetapi rendah dengan kesediaan (r=0.367, p<0.01). Implikasi menunjukkan organisasi perlu mengekalkan kesiapsiagaan teknologi dan memperkukuh motivasi serta pengurusan masa pekerja berpengalaman melalui mikro‑pembelajaran dan pengiktirafan sumber manusia bagi meningkatkan penyertaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-14

How to Cite

Ramli, S. A., Ibrahim, A., A Rashid, A. H., Saidi, M. I., & A Rashid, Y. K. (2025). Kesediaan pekerja untuk latihan dalam talian bagi unit terapi carakerja sektor perubatan swasta. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(78), 468–481. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3712