Kepelbagaian mekanisme pemberian harta dalam Islam: Analisis terhadap peranannya dalam merealisasikan maqasid syariah
Keywords:
Pemberian harta, zakat, wakaf, hibah, maqasid syariahAbstract
Islam menggariskan pelbagai mekanisme pemberian harta seperti zakat, infaq, sedekah, wakaf, hibah, wasiat, fidyah, kafarah, dan qard hasan bagi memastikan keseimbangan sosial dan ekonomi umat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepelbagaian mekanisme tersebut serta menilai peranannya dalam merealisasikan maqasid syariah, khususnya dalam aspek pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Pendekatan kualitatif digunakan dengan meneliti sumber utama dan sekunder bagi memahami hubungan antara mekanisme pemberian harta dan maqasid syariah. Hasil kajian menunjukkan bahawa setiap mekanisme ini memainkan peranan tersendiri dalam memastikan pengagihan kekayaan yang adil serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Selain itu, kajian ini turut menyoroti cabaran dalam mengamalkan mekanisme pemberian harta serta mencadangkan langkah-langkah untuk mengoptimumkan penggunaannya dalam konteks semasa. Kajian ini memberikan sumbangan penting dalam memahami konsep pemberian harta dalam Islam serta peranannya dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.










