Profil personaliti, kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru di satu daerah di negeri Terengganu

Authors

  • Nurul Atiqah Ab Raji Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Jasmi Abu Talib Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Siti Nor Alizah Abdul Aziz Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Raba`Aton Adawiah @ Robiah Mohd Yusof Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Fazliyaton Ramley Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
  • Nurul Hidayah Ab Raji6 Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia

Keywords:

Personaliti, Kecerdasan Emosi, Kepuasan kerja, Guru Sekolah Menengah, Kajian Tinjauan

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti, tahap kecerdasan emosi, dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru di satu daerah di Negeri Terengganu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan, dengan pemilihan sampel secara persampelan rawak berlapis (stratified random sampling). Seramai 320 orang guru sekolah menengah daripada 16 buah sekolah telah dipilih sebagai responden berdasarkan Jadual Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), dengan kira-kira 20 orang guru daripada setiap sekolah. Tiga set instrumen soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data, iaitu Inventory Big Five bagi mengukur personaliti guru, Schutte Emotional Intelligence Scale (SEIS) bagi menilai tahap kecerdasan emosi, dan Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) bagi menentukan tahap kepuasan kerja. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan min, peratusan dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa personaliti Kepersetujuan (Agreeableness) merupakan personaliti dominan dalam kalangan guru, tahap kecerdasan emosi berada pada tahap sederhana, dan tahap kepuasan kerja (intrinsik dan ekstrinsik) juga berada pada tahap sederhana. Dapatan ini memberikan implikasi terhadap keperluan pembangunan profesional guru khususnya dalam memperkukuh kecerdasan emosi dan meningkatkan kepuasan kerja bagi menyokong kesejahteraan serta keberkesanan pengajaran.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-13

How to Cite

Ab Raji, N. A., Abu Talib, J., Abdul Aziz, S. N. A., Mohd Yusof, R. A. @ R., Ramley, F., & Ab Raji6, N. H. (2025). Profil personaliti, kecerdasan emosi dan kepuasan kerja guru di satu daerah di negeri Terengganu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(78), 331–344. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3703