Analisis keperluan bagi membangunkan modul terapi bermain dan psikopendidikan terhadap tingkah laku agresif murid sekolah rendah

Authors

  • Zulfa Saleh School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Gelugor, 11700, Penang, Malaysia
  • Syed Mohamad Syed Abdullah School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Gelugor, 11700, Penang, Malaysia
  • Siti Nordarma Ab Rahman School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Gelugor, 11700, Penang, Malaysia

Keywords:

analisis keperluan, terapi bermain, psikopendidikan, kanak-kanak, agresif

Abstract

Kajian analisis keperluan dijalankan dalam penyelidikan mengenai pembangunan modul untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan spesifikasi pengguna. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan spesifikasi berdasarkan modul terapi bermain dan psikopendidikan terhadap tingkah laku agresif murid-murid sekolah rendah. Bagi mewujudkan sebuah modul yang dapat memenuhi keperluan kaunselor sebagai pengguna, analisis keperluan dijalankan ke atas enam orang kaunselor sekolah rendah di Pulau Pinang. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual separa berstruktur dan teknik persampelan bertujuan. Ia bertujuan untuk meneroka pengalaman, kefahaman, dan pendekatan yang digunakan oleh kaunselor bagi menangani tingkah laku agresif dalam kalangan murid sekolah rendah. Melalui temu bual separa berstruktur, kajian ini meneliti tempoh perkhidmatan, kefahaman terhadap isu agresif, pengalaman mengendalikan kes, serta perasaan kaunselor ketika berhadapan dengan murid agresif. Selain itu, kajian ini juga menelusuri faktor-faktor utama yang mendorong tingkah laku agresif, kesannya terhadap murid lain dan strategi intervensi yang digunakan oleh kaunselor. Penekanan turut diberikan kepada penggunaan terapi bermain, pendekatan psikopendidikan, teori kaunseling yang diaplikasikan, serta modul dan teknik intervensi yang digunakan dalam membantu murid. Akhir sekali, kajian ini meninjau kaedah penilaian dan inventori yang digunakan oleh kaunselor dalam mengukur tahap agresif murid. Dapatan daripada temu bual ini diharap dapat memberikan pandangan mendalam tentang amalan kaunseling di sekolah serta menjadi asas kepada pembangunan modul intervensi yang lebih berkesan dalam menangani tingkah laku agresif murid sekolah rendah.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-13

How to Cite

Saleh, Z., Syed Abdullah, S. M., & Ab Rahman, S. N. (2025). Analisis keperluan bagi membangunkan modul terapi bermain dan psikopendidikan terhadap tingkah laku agresif murid sekolah rendah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(78), 320–330. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3702