Applikasi kaedah-kaedah syarak sebagai panduan pemilihan pemimpin semasa pilihanraya dalam konteks negara Malaysia
Keywords:
Pemimpin, Panduan Memilih Pemimpin, Pilihanraya Umum, SyarakAbstract
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, di mana rakyat diberi mandat memilih kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) pada setiap lima tahun. Urusan memilih pemimpin adalah amanah syarie yang wajib ditunaikan serta telah menjadi perkara ijmak. Kajian lepas banyak menilai faktor politik seperti faktor isu, lokasi, sentimen, dan latar belakang yang  mempengaruhi sentimen pengundi semasa PRU, tetapi kurang mengintegrasi prinsip fiqh dalam pemilihan pemimpin. Kajian ini bertujuan membincangkan panduan memilih pemimpin berasaskan prinsip dan kaedah syarak, dan juga melalui analisa peranan serta ciri-ciri utama pemimpin menurut Islam. Metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif berbentuk kajian perpustakaan dengan analisis kandungan, menggunakan sumber fiqh an-nusus, kaedah-kaedah syarak, ijtihad, dan pandangan ulama klasik serta kontemporari. Kajian ini mencadangkan algoritma tiga langkah sebagai panduan dalam pemilihan pemimpin: pertama, menilai gabungan parti yang mempunyai majoriti Ahli Parlimen Islam; kedua, menilai manifesto gabungan berdasarkan Fiqh al-Muwazanat dan Maqasid al Syariah; ketiga, menilai calon berdasarkan kompetensi, amanah, serta tahap kemudaratan yang rendah. Dengan adanya panduan memilih pemimpin ini, lebih 14 juta pengundi Islam dapat membuat pilihan yang selaras dengan tuntutan syarak pada PRU akan datang. Selain itu, panduan ini berpotensi menjadi pendorong kepada parti-parti politik untuk menambaikbaik dasar dan manifesto parti selaras dengan anjuran syarak










