Mengungkap polemik istilah hasan di sisi al-Tirmizī: Kajian kritis terhadap perspektif tokoh kontemporari

Authors

  • Ali Abdul Jalil Fakulti Al-Quran Dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Mukim Padang Siding, 02600 Arau, Perlis, Malaysia
  • Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia

Keywords:

hasan, al-Tirmizī, mustalah al-hadīth, hasan li ghayrih, hasan li zātih

Abstract

Polemik berkenaan istilah hasan di sisi al-Tirmizi merupakan salah satu isu penting dalam bidang mustalah al-hadīth yang terus menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana hadith moden. Walaupun istilah ini telah dihuraikan secara meluas oleh ulama klasik, kajian semasa menunjukkan bahawa tafsiran terhadap maksud sebenar hasan di sisi al-Tirmizi masih berbeza-beza dalam kalangan tokoh kontemporari. Jurang perbezaan ini timbul kerana wujudnya keraguan terhadap maksud sebenar istilah tersebut dalam karya al-Tirmizi serta kecenderungan sarjana semasa untuk menyesuaikannya dengan kerangka mustalah moden. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menghimpunkan dan menganalisis pandangan tokoh-tokoh kontemporari seperti Hatim al-Awni, Solahuddin al-Idlbi, Syuaib al-Arnaut, Mahmud al-Tahhan dan lain-lain bagi menilai pola tafsiran serta titik temu antara pendekatan tradisional dan reformulasi moden. Hasil kajian mendapati majoriti pandangan kontemporari cenderung melihat istilah hasan di sisi al-Tirmizi sebagai hadith daif ringan yang ditampung oleh jalur periwayatan lain, bertepatan dengan konsep hasan li ghayrih, namun terdapat juga yang mendekatkannya dengan hasan li zātih atau sahih. Sehubungan itu, kajian ini menegaskan keperluan mewujudkan satu kerangka harmonisasi yang seimbang antara keaslian metodologi mutaqaddimin dengan keperluan kejelasan takrifan dalam takhrij hadith moden, selain membuka ruang untuk kajian lanjutan yang lebih mendalam dan aplikatif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-07

How to Cite

Abdul Jalil , A., & Dzulraidi , D. H. (2025). Mengungkap polemik istilah hasan di sisi al-Tirmizī: Kajian kritis terhadap perspektif tokoh kontemporari. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 853–864. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3685