Analisa kes pendaftaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Authors

  • Ana Faiza Md Nor Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Rafeah Saidon Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia
  • Azri Bhari Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia

Keywords:

Poligami, Pendaftaran, Penolakan, Mahkamah Syariah

Abstract

Perkahwinan tidak mengikut prosedur seperti nikah di sempadan tanah air atau pernikahan sindiket banyak berlaku di Malaysia terutama perkahwinan poligami. Ramai di kalangan pasangan yang mengambil jalan mudah terhadap isu pendaftaran pernikahan sehingga ada yang bertahun-tahun selepas pernikahan baru mendaftarkan pernikahan tersebut apabila ada keperluan seperti kelahiran anak atau berlaku kematian, tuntutan perceraian atau pernikahan anak-anak. Namun terdapat kes yang tidak dapat didaftarkan kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditentukan dan terpaksa ditolak. Justeru itu kajian ini bertujuan menganalisa kes-kes pendaftaran poligami di mahkamah Syariah dari segi antara lain tempoh masa pendaftaran, faktor pendafaran ditolak dan , tempoh masa prosiding. Ramai yang berpendapat bahawa nikah diluar atau nikah secara sindiket mudah sahaja didaftarkan di Mahkamah dengan membayar denda dan akhirnya akan mendapat surat nikah Malaysia tanpa menyedari bahawa risiko pernikahan tidak sah juga mungkin berlaku. Objektif kajian ialah ialah menganalisa kes-kes pendaftaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Kajian juga menganalisa tempoh pendaftaran kes dan tempoh perbicaraan permohonan pendaftaran poligami tersebut. Bagi tujuan pengumpulan data pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis dokumen, fail-fail Mahkamah Syariah serta alasan penghakiman. Dapatan kajian mendapati bahawa 10 daripada 20 fail yang dikaji telah ditolak dengan alasan wali pernikahan adalah palsu, jurunikah palsu, jurunikah tiada tauliah sedangkan wali masih ada, menggunakan wali pakcik sebelah ibu, berwakil wali kepada ustaz yang tiada tauliah, isteri tiada bukti perkahwinan dan perceraian terdahulu, surat nikah palsu milik orang lain dan isteri gagal kemukakan bukti cerai pernikahan sebelum ini. Kesimpulan kajian ialah faktor penolakan kes pendaftaran poligami berkait rapat dengan faktor melanggar rukun nikah itu sendiri. Kajian ini sangat signifikan agar orang awam jelas dengan proses yang ada dalam peruntukkan dan undang-undang di Malaysia untuk memastikan setiap perkahwinan yang dilakukan sama ada dalam negeri mahupun di luar negeri itu adalah sah mengikut syarak dan perundangan Malaysia.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Md Nor, A. F., Saidon, R., & Bhari, A. (2025). Analisa kes pendaftaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 1312–1322. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3616