Pemantapan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah (MS1900:2014) di Kolej Komuniti Gerik
Keywords:
Sistem Pengurusan Kualiti, Berasaskan Syariah MS1900:2014Abstract
Kajian ini adalah kajian pustakawanan bertujuan untuk menganalisis dan menilai pemantapan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS1900:2014) di Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu-isu kritikal yang timbul pada sepanjang pelaksanaan sistem ini serta menilai kesan positifnya terhadap institusi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen warga Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP). Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat cabaran, pelaksanaan sistem ini telah membawa peningkatan ketara dalam kefahaman dan pematuhan warga kolej terhadap prinsip-prinsip Syariah dalam pengurusan dan operasi harian. Penambahbaikan berterusan diperlukan bagi memastikan sistem ini lebih berkesan dan memberi manfaat jangka panjang kepada institusi.










