Konsep integrasi bahasa dan agama dalam pendidikan Islam: Implikasi kepada komuniti mualaf
Keywords:
Integrasi, Bahasa, Agama, Pendidikan Islam, Implikasi, MualafAbstract
Kertas konsep ini membincangkan konsep integrasi bahasa dan agama dalam pendidikan Islam, khususnya dalam konteks komuniti mualaf. Pendidikan Islam tidak hanya membantu mualaf memahami ajaran Islam, tetapi juga berperanan dalam memperkuat identiti Islam mereka. Dalam hal ini, bahasa memainkan peranan penting sebagai alat komunikasi dan penyampaian ilmu yang lebih berkesan. Kajian ini meneliti hubungan antara bahasa dan agama dalam Pendidikan Islam, serta bagaimana integrasi kedua-dua elemen ini dapat menyokong pembelajaran dan pemahaman yang lebih baik bagi mualaf bagi mendapatkan kefahaman dalam ajaran Islam secara yang lebih holistik. Di samping itu, kajian ini juga menghuraikan mengenai cabaran dan isu yang dihadapi dalam usaha mengintegrasikan bahasa tempatan atau bahasa ibunda mualaf dengan pendidikan Islam. Penulisan ini akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa implikasi penggunaan bahasa memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemahaman dan keyakinan saudara baru, serta memperbaiki hubungan antara pengajar dan pelajar.










