Cabaran melaksanakan dasar kawalan harga di Malaysia: Melindungi golongan pengguna, menjaga kepentingan peniaga

Authors

  • Priscila Ibai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Azmi Aziz Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Ishak Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Abdullah Sanusi Othman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Lokhman Hakim Osman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Keywords:

Kawalan Harga, Perlindungan Pengguna

Abstract

Kawalan harga merupakan langkah intervensi oleh Kerajaan menggunakan kuasa perundangan untuk menetapkan harga atau mengekang perubahan harga di luar mekanisme pasaran untuk mencapai objektif tertentu. Di Malaysia, tujuan kawalan harga diperkenalkan adalah untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang terbeban dengan kenaikan harga barang kesan daripada inflasi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempunyai kuasa perundangan yang kukuh untuk melaksanakan kawalan harga. Peranan ini mencabar bagi Kementerian memandangkan Kementerian ini bertanggungjawab terhadap dua (2)  golongan yang terkesan dan berada pada spektrum berlawanan dalam dasar kawalan harga iaitu pengguna dan peniaga. Pihak pengguna mengalu-alukan kawalan harga manakala pihak peniaga menentang dan berisiko terjejas oleh pelaksanaan dasar ini. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan melibatkan tujuh (7) orang responden yang merupakan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam merangka dan melaksanakan dasar kawalan harga di KPDN. Melalui pengalaman dan pemerhatian responden, isu dan cabaran oleh tiga (3) pihak iaitu pengguna, peniaga dan Kerajaan dalam pelaksanaan dasar kawalan harga dikenal pasti. Kajian mendapati bahawa walaupun, kawalan harga diterima baik dan bersifat populis di kalangan pengguna, kesan dan akibat daripada kawalan harga tersebut turut dirasai oleh pengguna. Kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan kawalan harga ini bagi memastikan tiada kesan buruk kepada ekonomi secara keseluruhan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Ibai, P., Aziz, A., Abd Rahman, I., Othman, A. S., & Osman, L. H. (2025). Cabaran melaksanakan dasar kawalan harga di Malaysia: Melindungi golongan pengguna, menjaga kepentingan peniaga. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 1164–1190. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3604