Pendekatan kreatif patuh syariah dalam membudayakan tadabbur al-Quran bagi kanak-kanak melalui medium animasi.

Authors

  • Suliah Mohd Aris Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Hanifah Musa Fathullah Harun Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Fadhilah Adibah Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Noorul Huda Sahari Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
  • Siti Sarah Izham Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Keywords:

al-Quran, animasi, kanak-kanak, tadabbur

Abstract

Tadabbur al-Quran merupakan proses memahami, menghayati, dan mengamalkan kandungan ayat-ayat suci sebagai panduan hidup. Amalan ini wajar dipupuk sejak peringkat kanak-kanak agar pembelajaran al-Quran tidak hanya tertumpu kepada pembacaan dan hafalan semata-mata. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meninjau kepentingan tadabbur al-Quran dalam kalangan kanak-kanak dan menilai potensi cerita animasi sebagai medium berkesan untuk membudayakan amalan tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian literatur dengan kaedah analisis kandungan terhadap jurnal, buku ilmiah, dan artikel berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan  animasi mampu menjadi medium tadabbur dalam kalangan kanak-kanak kerana kekuatan teknik penceritaan yang digabung dengan elemen audio visual yang menarik dan mudah difahami. Kajian juga mendapati walaupun pendedahan animasi Islamik semakin meningkat, animasi berkonsepkan tadabbur masih kurang diberikan perhatian. Justeru, kajian ini menjangkakan pembangunan modul animasi berasaskan pendekatan tadabbur yang sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak, patuh syariah, dan selari dengan psikologi perkembangan, mampu menjadi medium pendidikan yang mendidik dan menghibur.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Mohd Aris, S., Fathullah Harun , H. M., Ismail , F. A., Sahari , N. H., & Izham, S. S. (2025). Pendekatan kreatif patuh syariah dalam membudayakan tadabbur al-Quran bagi kanak-kanak melalui medium animasi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 777–788. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3599