Analisis keperluan pembangunan model modal insan Rabbānī dalam kalangan remaja Islam komuniti Orang Asli.

Authors

  • Aminah Albani Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Acis) UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau
  • Faridah Mohd Sairi Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil
  • Noraini Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Acis) UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau
  • Azhar Abdul Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Acis) UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau.

Keywords:

Modal Insan Rabbānī, Remaja Orang Asli, Pembangunan Komuniti

Abstract

Analisis keperluan penting dilakukan sebelum membangun sesuatu produk, model atau modul bagi memenuhi keperluan pengguna. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model modal insan rabbani dalam kalangan remaja Islam orang Asli. Pendekatan kaedah campuran digunakan merangkumi pengumpulan dan analisis data kualitatif serta kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui temu bual separa struktur dengan empat orang informan yang terlibat secara langsung dalam inisiatif pembangunan komuniti Islam orang asli. Manakala data kuantitatif pula diperoleh melalui instrumen soal selidik yang diberikan kepada 30 orang responden dalam kalangan remaja Islam orang asli bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan agama, kemahiran insaniah, amalan akhlak, dan kesedaran identiti sebagai Muslim. Data kualitatif dianalisis secara tematik  manakala data kuantitatif dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan wujudnya keperluan yang signifikan untuk membangunkan model modal insan rabbānī yang kontekstual sesuai dengan latar sosio-budaya komuniti orang asli khususnya dalam memperkukuh jati diri, integriti moral dan daya saing remaja Islam orang asli. Dapatan ini diharapkan dapat menjadi asas rujukan dalam perancangan intervensi strategik oleh pihak berkepentingan yang berteraskan prinsip Islam kontemporari serta bersesuaian dengan realiti komuniti Islam orang asli.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Albani, A., Mohd Sairi, F., Ismail, N., & Abdul Rahman, A. (2025). Analisis keperluan pembangunan model modal insan Rabbānī dalam kalangan remaja Islam komuniti Orang Asli. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 741–752. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3596