Profil mualaf dalam kalangan pelajar UiTM Cawangan Sabah dalam konteks budaya digital global
Keywords:
mualaf, UiTM Cawangan Sabah, pangkalan data digital, budaya teknologi digitalAbstract
Menurut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jumlah mualaf yang direkodkan antara tahun 2010 hingga 2018 adalah seramai 90,830 orang, dengan negeri Sabah mencatatkan jumlah mualaf tertinggi iaitu 20,115 orang (22% daripada keseluruhan). Walaupun angka ini besar, maklumat terperinci tentang mualaf khususnya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi masih terbatas. Kajian ini mengenalpasti profil pelajar mualaf di UiTM Cawangan Sabah dan mencadangkan pembangunan pangkalan data digital. Ini bagi memudahkan pemantauan kebajikan, pendidikan agama, dan bantuan kewangan kepada mereka. Responden terdiri daripada pelajar baharu di Kampus Kota Kinabalu dan Tawau. Pembolehubah dalam kajian profil ini termasuk jantina, peringkat pengajian, daerah, tempoh mualaf, pendapatan keluarga dan lain-lain. Data dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan bilangan pelajar mualaf adalah kecil, namum data ini penting sebagai asas pengurusan dan perancangan sokongan holistik. Kajian ini menekankan potensi integrasi teknologi digital dalam pengurusan data mualaf, selari dengan perkembangan budaya digital global yang menuntut kecekapan, keterhubungan, dan ketelusan dalam penyampaian maklumat.
						
							









