Kajian keberkesanan Projek Asnafpreneur UiTM Cawangan Pahang dan Maybank Islamic Berhad (MIB) dalam kemenjadian usahawan asnaf
Keywords:
Asnafprenur, Kemenjadian Pelajar, Pelajar Asnaf, Projek Asnafpreneur, UsahawanAbstract
Projek Asnafpreneur UiTMCPH-MIB adalah satu projek khusus bagi pelajar asnaf UiTMCPH yang bertujuan melatih dan meningkatkan potensi pelajar asnaf terpilih dalam dunia perniagaan sebenar. Pelajar asnaf terpilih ditawarkan salah satu dari tiga (3) perkhidmatan utama iaitu; urutan sukan, spa dan gunting rambut. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan projek terhadap kemahiran dan kemampuan pelajar asnaf dalam menjana pendapatan peribadi. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen laporan sebagai rujukan data kajian. Seramai 70 orang pelajar asnaf telah terlibat dan data yang dilaporkan oleh pelajar secara terperinci telah digunakan bagi menilai keberkesanan projek. Tiga (3) aspek utama yang disasarkan ialah pengetahuan, kemahiran dan penjanaan pendapatan para pelajar sepanjang tempoh projek dijalankan. Terdapat hubungan positif antara kemenjadian usahawan asnaf dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan Projek Asnafpreneur UiTMCPH-MIB dalam menjadikan pelajar-pelajar asnaf sebagai usahawan kecil yang berjaya menjana pendapatan peribadi sepanjang tempoh pengajian. Kemenjadian pelajar-pelajar asnaf ini boleh menjadi contoh kepada pelajar asnaf yang lain. Namun, usaha-usaha penambahbaikan perlu dilakukan oleh pihak UiTMCPH-MIB bagi meningkatkan lagi keberkesanan projek yang akan dijalankan di masa akan datang.
						
							









