Kekurangan pelajar mengambil bidang Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM Pahang

Authors

  • Ahmad Amzari Yaccob Fakulti Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Pahang, Bandar Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Mohd Fairuz Bachok Fakulti Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Johor, Pasir Gudang, 81750, Johor, Malaysia
  • Amminudin Abd. Latif Fakulti Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Pahang, Bandar Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Nurul Aishah Abd. Rahman Fakulti Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Pahang, Bandar Jengka, 26400, Pahang, Malaysia
  • Noor Safwan Muhamad Fakulti Kejuruteraan Awam , UiTM Cawangan Pahang, Bandar Jengka, 26400, Pahang, Malaysia

Keywords:

Kejuruteraan Awam

Abstract

Bidang kejuruteraan awam merupakan antara disiplin terpenting dalam pembangunan negara kerana melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan, empangan, bangunan, dan infrastruktur awam yang menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. Dalam perspektif Islam, bidang ini dikategorikan sebagai fardu kifayah kerana ia memenuhi keperluan asas masyarakat dan menyumbang kepada kemaslahatan umum. Namun, kebelakangan ini, bilangan pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian dalam program kejuruteraan awam, khususnya di peringkat diploma, menunjukkan trend penurunan yang ketara. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dengan meneliti jurnal akademik, laporan rasmi, dan dokumen berkaitan pendidikan kejuruteraan awam di Malaysia bagi mengenal pasti faktor penyumbang kepada isu ini. Hasil dapatan menunjukkan faktor utama termasuk persepsi negatif terhadap kerjaya jurutera awam, isu gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan, beban kerja yang berat dan kurangnya pendedahan awal terhadap STEM. Selain itu, isu dasar pendidikan sains yang tidak mencapai sasaran turut menyumbang kepada kemerosotan minat pelajar. Bagi menangani masalah ini, beberapa langkah disyorkan termasuk memperkukuh promosi kerjaya jurutera awam, meningkatkan pendedahan STEM sejak sekolah rendah, melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam program pendidikan, serta memperjuangkan struktur gaji dan beban kerja yang lebih adil bagi jurutera. Secara keseluruhan, usaha bersepadu antara kerajaan, universiti, industri, dan masyarakat amat diperlukan bagi mengembalikan minat pelajar terhadap bidang kejuruteraan awam demi menjamin kelestarian pembangunan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Yaccob, A. A., Bachok , M. F., Abd. Latif, A., Abd. Rahman, N. A., & Muhamad, N. S. (2025). Kekurangan pelajar mengambil bidang Diploma Kejuruteraan Awam di UiTM Pahang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 672–680. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3590