Pendidikan nilai dari kisah Ashab al-Jannatain dalam era digital

Authors

  • Nurul Afifah Mohd Affendi Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
  • Norhapizah Mohd Burhan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 26400 Jengka, Pahang
  • Mahfuzah Mohammed Zabidi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor

Keywords:

Pendidikan Nilai, Remaja, Era Digital, Ashab Al-Jannatain, Al-Quran

Abstract

Golongan remaja masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran nilai akibat pengaruh dari perkembangan teknologi dan media sosial yang semakin berleluasa pada era digital tanpa sempadan. Pendedahan yang tidak terkawal kepada budaya hedonisme, kecenderungan melakukan pelbagai trend semasa yang tidak bermoral dan perbandingan sosial yang tidak realistik dalam alam maya menuntut pendekatan pendidikan nilai yang lebih mendalam berteraskan kepada prinsip wahyu. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis pendidikan nilai berdasarkan kisah Ashab al-Jannatain serta melihat hubungannya dalam membentuk peribadi remaja pada era digital. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif melalui pendekatan analisis tematik terhadap tafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan pengumpulan data daripada karya-karya tafsir, buku dan jurnal. Hasil kajian mendapati terdapat empat pendidikan nilai yang penting dalam kisah Ashab al-Jannatain seperti nilai rendah hati (tawaduk), amar ma’ruf nahi munkar, nilai syukur, taat dan tetap pendirian. Implikasi kajian ini menegaskan keperluan memperkukuh pendekatan pendidikan nilai berteraskan naratif al-Quran seperti kisah pemilik dua kebun dalam surah al-Kahfi bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan unggul berpaksikan nilai rabbani. Pendekatan ini bukan sahaja relevan dalam menangani cabaran era digital yang kompleks, bahkan menjadikan panduan Ilahi sentiasa dipraktikkan dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Mohd Affendi, N. A., Mohammed Zabidi, A. F., Mohd Burhan, N., & Mohammed Zabidi, M. (2025). Pendidikan nilai dari kisah Ashab al-Jannatain dalam era digital. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 658–671. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3589