Pembentukan akhlak menurut Said Nursi dalam Risalah al-Nur
Keywords:
Pembentukan akhlak, kerosakan akhlak, penyelesaian akhlak, pendidikan jiwa, Badiuzzaman Said Nursi, Risalah al-NurAbstract
Tujuan utama diutuskan Nabi Muhammad SAW adalah untuk mendidik akhlak manusia seterusnya membentuk insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Persoalannya, adakah umat Islam kini menghayati nilai akhlak yang ada dalam ajaran Islam itu sendiri sehingga menjadi umat contoh kepada umat lain? Kajian ini mengetengahkan penyelesaian terhadap kerosakan akhlak umat Islam menurut Said Nursi khususnya dalam tafsir beliau Risalah al-Nur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menjadikan kitab asal Said Nursi iaitu Risalah al-Nur sebagai sumber utama. Ia disokong oleh sumber sekunder seperti tesis, jurnal dan buku-buku terpilih yang membincangkan secara khusus tentang pembentukan akhlak. Data yang dikumpul pula akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Said Nursi mengemukakan tiga pendekatan utama bagi menangani kerosakan akhlak, iaitu memahami hakikat kejadian manusia sebagai asas pembinaan jiwa, menghayati nilai-nilai Asma’ al-Husna sebagai panduan pembentukan peribadi dan memanfaatkan ilmu pengetahuan secara seimbang untuk menyuburkan akal dan hati. Pendidikan akhlak yang betul akan melahirkan insan yang sanggup mempertahankan agama, bangsa dan negara, demi kemakmuran manusia sejagat.
						
							









