Pendekatan spiritual menurut al-Ghazali dalam menangani isu kesihatan mental: Suatu analisis konseptual

Authors

  • Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Raub, Pahang, Malaysia
  • Ramlan Mustapha Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Raub, Pahang, Malaysia
  • Surita Hartini Mat Hassan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Raub, Pahang, Malaysia
  • Mohd Kamal Azman Jusoh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Jengka, Pahang, Malaysia
  • Mohammad Nasrul Hakim Roslan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Raub, Pahang, Malaysia
  • Abu Bakar Jaafar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Kampus Jengka, Pahang, Malaysia

Keywords:

Kesihatan mental, al-Ghazali, qalb, rūh, aql, nafs, mujahadah nafs

Abstract

Kesihatan mental ialah keadaan sejahtera yang membolehkan individu mengawal emosi, menyesuaikan diri dengan tekanan kehidupan, berfungsi secara produktif, dan memberi nilai kepada masyarakat. Terdapat pelbagai pendekatan yang telah digunakan dalam menangani isu kesihatan mental, namun statistik menunjukkan peningkatan kes setiap tahun. Berdasarkan fenomena inilah kajian ini dilakukan iaitu untuk mengetengahkan pendekatan spiritual dalam menangani isu kesihatan mental. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pendekatan spiritual berdasarkan pandangan al-Ghazali dan menganalisis kesesuaian penggunaannya dalam mengurangkan isu kesihatan mental. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, dengan pengumpulan data dilakukan melalui sumber sekunder yang merangkumi jurnal akademik, tesis, artikel, dan prosiding persidangan. Data tersebut seterusnya dianalisis secara sistematik menggunakan pendekatan analisis kandungan bagi mengenal pasti tema dan pola yang relevan dengan objektif kajian. Hasil kajian mendapati pendekatan al-Ghazali berteraskan gabungan empat komponen utama iaitu qalb (hati), ruh (jiwa), ‘aql (akal) dan nafs (dorongan dalaman) dapat menawarkan alternatif pemulihan yang melibatkan aspek kerohanian dan kejiwaan bagi menangani isu kesihatan mental secara efektif apabila seseorang individu melakukan tazkiyat al-nafs dan mujahadah nafs ini secara berterusan dalam kehidupan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Malkan@Molkan, S. N. A., Mustapha , R., Mat Hassan, S. H., Azman Jusoh, M. K., Hakim Roslan, M. N., & Jaafar, A. B. (2025). Pendekatan spiritual menurut al-Ghazali dalam menangani isu kesihatan mental: Suatu analisis konseptual. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 627–640. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3587