Tazkiyah al-nafs dalam era digital: Satu pendekatan holistik mengurus ketagihan gajet
Keywords:
Tazkiyah al-Nafs, ketagihan gajet, holistik, kesejahteraan digital, kesihatan mentalAbstract
Perkembangan teknologi digital yang semakin pesat memberi manfaat kepada kehidupan seharian manusia. Namun pada masa yang sama kemajuan ini mencetuskan fenomena ketagihan gajet yang semakin membimbangkan. Ketagihan ini bukan sahaja memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental, malah turut melemahkan keseimbangan rohani individu. Terdapat banyak kajian terdahulu yang menumpukan kepada pendekatan psikologi barat dan konsep mindfulness, tetapi aspek spiritual, khususnya dari perspektif Islam, masih kurang diberi tumpuan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi konsep Tazkiyah al-Nafs sebagai pendekatan holistik dalam menangani ketagihan gajet dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Menggunakan reka bentuk kajian kualitatif berasaskan analisis kandungan, data diperoleh daripada sumber primer seperti al-Quran, hadis, dan karya ulama tasawuf, serta literatur kontemporari berkaitan ketagihan digital. Dapatan kajian ini dijangka membentuk satu kerangka intervensi yang menggabungkan dimensi fizikal, mental, emosi dan rohani, berteraskan prinsip penyucian jiwa melalui amalan seperti zikir, muhasabah, muraqabah, dan pengawalan nafsu. Pendekatan ini diharap dapat menjadi alternatif bagi mengurangkan ketagihan gajet, meningkatkan kesejahteraan digital, melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan memperkaya kesihatan mental.
						
							









