Pemantapan pengurusan risiko halal dan amalan patuh Syariah dalam rantaian bekalan daging: Kajian di PPES Ternak Sdn. Bhd

Authors

  • Mohd Afif Mastur Jamain 1Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Muhammad Muzakkir Othman Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, 26400 Jengka, Malaysia
  • Md Hamzaimi Azrol Md. Baharudin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, 26400 Jengka, Malaysia
  • Siti Zafrina Mohd Zahari Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, 26400 Jengka, Malaysia
  • Nurul Hidayah Che Hassan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang, 26400 Jengka, Malaysia

Keywords:

Halal, Patuh Syariah, Rantaian, Bekalan Daging, PPES Ternak

Abstract

Produk makanan berasaskan daging halal kini semakin meluas pengedarannya di pasaran global. Rantaian pengeluaran dan pembekalan produk ini melibatkan pelbagai kaedah kawalan serta mempunyai pelbagai risiko, bermula dari sumber bahan mentah, pengeluaran, sehingga penghantaran kepada pengguna . Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aliran rantaian bekalan daging halal di PPES Ternak, menganalisis potensi risiko yang boleh menjejaskan status halal produk daging sepanjang aktiviti rantaian bekalan di PPES Ternak. 

Selain itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti amalan terbaik PPES Ternak dalam mengurangkan risiko pencemaran bagi memastikan produk kekal halal sepanjang keseluruhan rantaian bekalan. Dalam menjalankan kajian ini, metodologi yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan temu bual dengan beberapa orang staf PPES Ternak Sdn.Bhd. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PPES Ternak Sdn. Bhd telah memenuhi piawaian halal  ketat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM dalam menjamin kesucian bekalan daging. Sesungguhnya kajian ini dapat memberikan satu sumbangan yang amat baik kepada mana-mana pihak yang ingin menceburi bidang bekalan daging halal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Jamain, M. A. M., Othman, M. M., Md. Baharudin, M. H. A., Mohd Zahari, S. Z., & Che Hassan, N. H. (2025). Pemantapan pengurusan risiko halal dan amalan patuh Syariah dalam rantaian bekalan daging: Kajian di PPES Ternak Sdn. Bhd. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 583–596. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3584