Signifikan wakaf tunai dan profil guru ke atas inovasi sektor pendidikan
Keywords:
Profil Guru, kemudahan wakaf, wakaf tunai, sekolah, kadar penggunaan.Abstract
Wakaf merupakan satu bentuk aset yang perlu diurus dengan berkesan bagi memastikan manfaat ekonomi islam dapat dinikmati oleh ummah dalam jangka masa pendek dan panjang. Sistem pengurusan wakaf yang tersusun dengan baik seharusnya menyumbang kepada peningkatan berterusan kesejahteraan komuniti menerusi usaha inovasi sosial. Kajian ini melihat sejauh mana wakaf tunai yang diperuntukkan di dalam sektor pendidikan menyumbangkan kepada daya inovasi komuniti setempat. Kajian ini dijalankan secara pendekatan kuantitatif melibatkan peruntukan wakaf tunai ke atas sekolah menerusi pembiayaan beberapa unit televisyen bagi membantu sesi pembelajaran pelajar sekolah. Instrumen kajian merupakan sebuah borang selidik yang dibangunkan dengan menumpukan ke atas skor penggunaan TV oleh para guru serta profil guru yang berpotensi mempengaruhi kadar penggunaan kemudahan TV di sekolah. Hasil kajian memaparkan skor penggunaan kemudahan TV agak rendah dan ia amat dipengaruhi oleh profil guru yang berbeza.
						
							









