Kajian rintis pembentukan akhlak remaja berasaskan psikospiritual di sekolah menengah

Authors

  • Nur Masitah Mazlan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor
  • Norhapizah binti Mohd Burhan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Pahang (Kampus Jengka) 26400 Bandar Tun Abdul Razak, Pahang, Malaysia
  • Mohd Isa bin Hamzah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Mahfuzah Mohammed Zabidi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor

Keywords:

Akhlak remaja, psikospiritual, sekolah menengah dan cabaran pendidikan

Abstract

Psikospiritual Islam merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji pendekatan rawatan bagi penyakit atau masalah mental, spiritual, emosi dan perilaku moral melalui amalan berteraskan al-Quran, al-Sunnah, amalan para salafus saleh dan ilmu pengetahuan yang tidak bertentangan dengan prinsip syariah. Di Malaysia, isu kepincangan akhlak banyak berlaku terutamanya di kalangan pelajar sekolah menengah. Masalah ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pembangunan sahsiah individu, malah turut memudaratkan kesejahteraan masyarakat. Kajian ini bertujuan mengkaji elemen psikospiritual yang mempengaruhi pembentukan akhlak bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan dan menganalisis cabaran dalam pembentukan akhlak berasaskan psikospiritual bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk kajian ialah analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur terhadap seorang guru Pendidikan Islam dan seorang kaunselor sekolah. Analisis yang digunakan adalah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen utama psikospiritual yang berperanan dalam pembentukan akhlak ialah keimanan kepada Allah, kesedaran diri, empati dan kasih sayang, kawalan emosi dan pendidikan nilai dan moral. Cabaran dalam pembentukan akhlak berasaskan psikospiritual pula termasuklah kekangan masa, kefahaman guru terhad, sikap pelajar, pengaruh media sosial, tekanan rakan sebaya, kurangnya sokongan keluarga dan konflik budaya. Hasil kajian menunjukkan keperluan kepada pengintegrasian elemen psikospiritual dalam pengajaran dan pendidikan. Kajian ini mencadangkan agar elemen psikospiritual diintegrasikan secara sistematik dalam program pembangunan akhlak pelajar di samping memperkasakan latihan guru dan kaunselor dalam aspek psikospiritual. Selain itu, jaringan antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti perlu diperkukuhkan bagi membentuk kerangka pembentukan akhlak berasaskan psikospiritual yang lebih menyeluruh. Suatu model pembentukan akhlak berasaskan psikospiritual wajar dibangunkan untuk rujukan semua pihak

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Mazlan, N. M., binti Mohd Burhan, N., bin Hamzah, M. I., & Zabidi, M. M. (2025). Kajian rintis pembentukan akhlak remaja berasaskan psikospiritual di sekolah menengah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77), 478–488. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3576