Potensi Media Kreatif Dalam Pendidikan Akidah: Satu Tinjauan Literatur
Keywords:
Generasi digital, ilustrasi, komik, media kreatif, pendidikan akidahAbstract
Generasi muda masa kini berdepan cabaran besar dalam mempelajari akidah berikutan jurang antara pendekatan pengajaran tradisional dengan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran berasaskan visual, ilustrasi, dan teknologi digital. Kajian lepas menunjukkan kaedah berorientasikan hafalan dan syarahan semakin kurang berkesan untuk menarik minat generasi digital, manakala kekurangan bahan bantu mengajar akidah yang sahih dan berasaskan visual telah mendorong pelajar mencari alternatif melalui media sosial. Namun, kandungan di platform tersebut sering dangkal, tidak lengkap atau bercanggah dengan ajaran sebenar, sekali gus berisiko menimbulkan kekeliruan terhadap pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meninjau potensi penggunaan media kreatif seperti ilustrasi, komik dan bahan digital dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap akidah. Kajian ini menggunakan reka bentuk sorotan literatur dengan kaedah analisis kandungan tematik bagi meneliti isu cabaran akidah moden, jurang generasi digital, kekurangan bahan bantu mengajar serta potensi media kreatif sebagai instrumen pendidikan akidah. Hasil sorotan mendapati media kreatif bukan sahaja meningkatkan kefahaman, malah turut memupuk motivasi dan minat pelajar. Selain berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, medium visual juga muncul sebagai instrumen dakwah kontemporari yang berkesan kerana mampu menyampaikan konsep akidah secara lebih mudah, kreatif dan sesuai dengan konteks generasi muda










