Transformasi Digital Karya Islami: Kajian Terhadap Novel Rona Bosphorus

Authors

  • ains

Keywords:

Karya Islami, Novel Rona Bosphorus, Transformasi Digital

Abstract

Perkembangan penerbitan novel Islam kontemporari di Malaysia telah berlaku sejak awal 2000-an dan ia telah meningkat dengan cepat sebagai tindak balas kepada keperluan masyarakat untuk naratif keislaman kontemporari. Kehadiran teknologi digital telah memberi impak dan kesan kepada perubahan landskap novel Islami ke arah transformasi dan pendigitalan. Drama bersiri Rona Bosphorus yang berasal dari sebuah novel bercetak telah berjaya menarik perhatian peminat karya-karya Islam. Oleh itu, timbul persoalan bagaimana nilai-nilai dan matlamat dakwah dalam sesebuah karya Islami dapat dipelihara dan dikekalkan, atau nilai-nilai ini  dihilangkan atau dikurangkan dalam medium baru. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana proses transformasi karya-karya Islamik bercetak diadaptasikan dalam bentuk medium digital, sejauh mana perbezaan di antara karya bercetak dan karya yang ditransformasikan ke medium lain mengekalkan keasliannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan teori adaptasi oleh Linda Hutcheon dan kaedah analisis kandungan. Data dikumpulkan melalui analisis teks novel itu sendiri, platform digital yang berkaitan iaitu drama bersiri dari RTMklik. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa transformasi novel Rona Bosphorus ke dalam medium digital telah berjaya dilakukan dengan mengekalkan tema, plot penceritaan, dan watak berdasarkan keasliannya selain daripada nilai-nilai Islam dan mesej dakwah dikekalkan. Akan tetapi, beberapa elemen lain terpaksa ditambah atau dikurangkan atas faktor-faktor kesesuaian dan keindahan. Kajian ini menyimpulkan bahawa transformasi digital novel Islam moden adalah suatu proses rundingan yang kompleks antara matlamat dakwah dengan tuntutan pasaran digital. Sebagai sumbangan asli, kajian ini menawarkan model analisis untuk menilai keberkesanan adaptasi digital karya sastera Islam dan memberikan implikasi penting kepada penulis, penerbit, dan penggiat dakwah tentang keperluan merangka strategi digital yang bukan sahaja meluaskan capaian tetapi juga memelihara kedalaman dan keaslian mesej.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-10-27

How to Cite

ains. (2025). Transformasi Digital Karya Islami: Kajian Terhadap Novel Rona Bosphorus. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3566