Transformasi peranan guru Pendidikan Islam dalam era digital berdasarkan falsafah Ibnu Khaldun: Satu sorotan literatur.
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.107726Keywords:
Guru Pendidikan Islam, Ibnu Khaldun, Era Digital, Kecerdasan Buatan, Pendidikan HolistikAbstract
Ledakan era digital yang dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) pada masa kini telah mempengaruhi landskap pendidikan Islam secara drastik. Guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu semata-mata, malah turut bertanggungjawab membimbing pelajar dalam konteks pembelajaran digital yang dinamik dan semakin mencabar. Sorotan literatur ini membincangkan transformasi peranan guru Pendidikan Islam dengan memfokuskan falsafah pendidikan Ibnu Khaldun yang menekankan prinsip tadrib (latihan berperingkat), ta’dib (pembentukan adab) serta pembangunan pelajar secara holistik. Penekanan turut memfokuskan kepada lima elemen utama guru, iaitu murabbi, mursyid, muaddib, muallim dan mudarris dalam konteks pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang berasaskan teknologi. Ulasan ini melibatkan analisis kritikal terhadap literatur berkaitan peranan guru, pendidikan Islam, pemikiran Ibnu Khaldun serta isu-isu pendidikan digital semasa. Hasil sorotan menunjukkan keperluan kepada satu kerangka pemikiran yang lebih menyeluruh bagi membantu guru Pendidikan Islam menyesuaikan diri dengan cabaran kecerdasan buatan secara lebih beretika. Oleh itu, beberapa cadangan lanjut turut dikemukakan bagi memperkukuh kefahaman terhadap peranan guru Pendidikan Islam dalam era digital.
Downloads
References
Ab. Aziz Yusof. (2014). Pengurusan Pendidikan Islam: Mekanisme Transformasi Ummah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Attas, S. M. N. (1991). The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. ISTAC.
Geoffrey F. C. Lim, Norshamshizar Abdul Jalil, Dayang Suraya Awang Hidup & Marlissa Omar. (2024). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics.
Hafizhah Zulkifli & Harun Baharudin. (2023). Kelestarian Pendidikan Rabbani. Bangi: Penerbit UKM Press.
Ibn Khaldun. (2005). The Muqaddimah: An Introduction to History (F. Rosenthal, Trans.). Princeton University Press.
Ibrahim Anis, Abdul Halim Muntasir, Atiyyah as-Su al-Hay & Muhammad Khalfullah Ahmad. (1998). Al-Mu’jam al-Wasit Edisi Ketiga. Kaherah: Majma’ al-Lughah al-Arabiyyah
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Khadijah Abdul Razak. (2022). Model Latihan Guru Berasaskan Pendekatan Holistik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Leni Erliana, Yeni Irma Normawati. (2024). Pemikiran Ibnu Khaldun Tentang Pendidikan Islam dan Relevansinya Dengan Pendidikan Islam Kontemporer. Mauriduna, Journal of Islamic Studies.
Muhamat Kawangit, R. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pengurusan Aktiviti Dakwah Di Sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2020). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobiliti Sosial Dalam Masyarakat. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin. 21(3): 178-188.
Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Siti Mursyidah Mohd Zin, Kamarulnizam Sani & Asma’ Abdul Halim. (2025). Konsep Pendidikan Ibn Khaldun dan Amalan Pendidikan di Malaysia. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. Selangor: Penerbit UIS.
Rosnani, H. (2010). Islamization of Knowledge: Problems, Principles and Prospects. IIUM Press.
Sidek Baba. (2006). Pendidikan Rabbani. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (1998). The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. ISTAC.
Zawawi, Z., Rahman, M. R. A., & Salleh, N. (2021). Artificial Intelligence and the Future of Teaching and Learning in Malaysia. Asian Journal of Education and e-Learning, 9(2), 55-62.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah. (2021). Model Guru Pendidikan Islam Komprehensif. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) Volume 4 (1) January 2021, 63-74. eISSN: 260










