Tahap Kefahaman Belia Felda Wilayah Jengka Pahang Terhadap Ayat-Ayat Mutasyābihāt

Authors

  • Muhamat Faizal bin Marjani Menara FELDA, Platinum Park, No 11 Jalan Persiaran KLCC 50088 Kuala Lumpur.
  • Fauzi bin Azmi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka 26400, Pahang, Malaysia
  • Saiful Johari bin Musaha Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Jengka 26400, Pahang, Malaysia
  • Asjad Mohamed Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 26400 Bandar Jengka

Keywords:

Kefahaman, belia, FELDA, mutasyābihāt, tasybih

Abstract

Ayat al-Quran terbahagi kepada dua kategori, iaitu; ayat muḥkamāt dan ayat mutasyābihāt. Kefahaman sebenar terhadap pengertian ayat-ayat ini sering menjadi polemik dalam dunia Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman belia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”) Wilayah Jengka, Pahang terhadap ayat-ayat mutasyābihāt dan menjelaskan pegangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah terhadap ayat-ayat tersebut. Metodologi kajian ini ialah gabungan kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data melalui metode kajian kepustakaan dan borang kaji selidik. Data kuantitatif diperoleh daripada borang soal selidik dan data kualitatif daripada analisis statistik deskriptif. Responden bagi mewakili sampel kajian telah diuji menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman belia FELDA terhadap ayat-ayat mutasyābihāt berada pada tahap yang memuaskan, dengan min kefahaman sebanyak 64.9. Sebanyak min 14.1 menunjukkan kecenderungan memahami ayat-ayat mutasyābihāt melalui pendekatan tasybīh. Sementara itu, min 14.5 mencerminkan responden yang tidak mengetahui dan tidak memahami langsung ayat-ayat tersebut, manakala baki min 6.5 menunjukkan responden yang berada dalam keadaan keliru dalam memahami ayat-ayat mutasyābihāt. Kajian ini berjaya memenuhi objektifnya iaitu mengenalpasti tahap kefahaman belia FELDA Wilayah Jengka terhadap ayat-ayat mutasyābihāt. Dalam isu ini kelihatan kecenderungan belia ke arah pemahaman yang benar dan tepat. Namun terdapat nilai min 14.1 kefahaman responden dengan kefahaman tasybīh yang tidak boleh diambil ringan dan mudah. Justeru satu langkah drastik perlu dilakukan bagi menjelaskan kefahaman ayat-ayat mutasyābihāt yang benar dan tepat terhadap semua lapisan masyarakat, bukan hanya kepada golongan belia sahaja. Di akhir kajian penulis mencadangkan lima langkah bagi meningkatkan kefahaman agama secara am dan dalam ayat mutasyābihāt secara khas dalam kalangan warga FELDA Wilayah Jengka.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-10-27

How to Cite

bin Marjani, M. F., bin Azmi, F., bin Musaha, S. J., & Mohamed, A. (2025). Tahap Kefahaman Belia Felda Wilayah Jengka Pahang Terhadap Ayat-Ayat Mutasyābihāt. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3559