Pengaruh Keberkatan Al-Aqsa Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Akhir Zaman

Authors

  • Khadijah Kamaruddin Postgraduate Student ACIS UITM Arau
  • Syaimak Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perlis
  • Marina Abu Bakar Marina Abu Bakar, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perlis

Keywords:

Al-Aqsa, Keberkatan, Akhir Zaman

Abstract

Masjid Al-Aqsa, sebagai salah satu tapak suci utama dalam Islam yang merupakan tempat sejarah yang menyimpan aspek  keberkatan yang berterusan dan simbol perpaduan  umat Islam berdasarkan kajian Akidah, terutamanya menjelang akhir zaman. Konflik yang berlaku dalam sejarah al-Aqsa serta penjajahan Zionis mengakibatkan kedudukan al-Aqsa sering dihimpit penindasan serta kezaliman terhadap penduduk Palestin. Walaupun begitu, umat Islam perlu berhadapan kekezaman Zionis dan perlu mempertahankan al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama Umat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek keberkatan Al-Aqsa menurut al-Quran dan Sunnah serta menganalisis peranannya sebagai pemangkin solidariti umat Islam, kajian ini  menggunakan metodologi kualitatif kajian perpustakaan, data dikumpulkan dan dianalisis daripada teks-teks keagamaan primer (al-Quran dan Hadis) dan sekunder (kitab tafsir, syarah hadis, dan karya ulama kontemporari). Kajian ini  menghuraikan bagaimana Al-Aqsa disebutkan dalam naratif eskatologi Islam dan bagaimana persepsi tentang keberkatan serta ancaman terhadapnya telah memupuk kesedaran kolektif umat Islam. Penemuan awal menunjukkan bahawa Al-Aqsa merupakan medan ujian umat Islam. Walaubagaimanapun tanah ini menyimpan keberkatan yang bersifat iman yang berfungsi sebagai motivasi spiritual, manakala isu-isu kontemporari Al-Aqsa, terutamanya pendudukan dan pencabulan kesuciannya, mampu memperkukuh ikatan persaudaraan dan kesedaran geopolitik dalam kalangan umat Islam. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemahaman mendalam tentang Al-Aqsa, dari sudut pandang keberkatan merupakan asas kesatuan umat Islam berdasarkan konsep Akidah dan Iman.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-10-27

How to Cite

Kamaruddin, K., Ismail, S., & Abu Bakar, M. (2025). Pengaruh Keberkatan Al-Aqsa Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Akhir Zaman. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3557