Reka Bentuk Instruksional Bahan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Pendidikan Islam Berdasarkan Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB)

Authors

  • ains

Keywords:

Reka bentuk instruksional, pembelajaran dalam talian, Pendidikan Islam, Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD), MOOC

Abstract

Penggunaan platform dalam talian bagi Pendidikan Islam semakin meluas, namun isu kualiti bahan pembelajaran yang dihasilkan masih tidak konsisten. Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen utama dalam reka bentuk instruksional untuk membangunkan bahan pembelajaran dalam talian yang berkesan dalam konteks Pendidikan Islam. Seramai 15 orang pakar daripada pelbagai bidang dipilih secara bertujuan untuk terlibat dalam perbincangan kumpulan berfokus, dan data dianalisis secara deskriptif. Instrumen penilaian menggunakan soal selidik berstruktur dengan respons dikotomi (“Diterima” atau “Ditolak”) serta ruang catatan justifikasi. Penilaian merangkumi elemen rekabentuk, nota, video kuliah, bentuk penyampaian, karakter penyampaian, durasi, jarak transaksi, dan elemen multimedia. Kajian menunjukkan bahan pembelajaran dalam talan yang sesuai adalah nota ringkas, video kuliah berdurasi (3–5 minit), penyampaian berstruktur oleh pensyarah sebenar, serta penggunaan multimedia teks, grafik, audio, dan video yang jelas. Kesimpulannya, kajian ini menegaskan bahawa reka bentuk instruksional bahan pembelajaran dalam talian Pendidikan Islam perlu berstruktur, interaktif dan autentik, agar pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga membentuk nilai serta kemahiran insaniah pelajar.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-10-26

How to Cite

ains. (2025). Reka Bentuk Instruksional Bahan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Pendidikan Islam Berdasarkan Perbincangan Kumpulan Berfokus (PKB). Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3542