Sinergi Zakat Wakaf Dan Baitulmal Sebagai Asas Model Pembangunan Rumah Asnaf
Keywords:
Asnaf, zakat, wakaf, baitulmal, sinergi, perumahan, dasar kebajikan Islam, berasinganAbstract
Kertas konsep ini mengemukakan cadangan pembentukan model pembangunan rumah asnaf berasaskan sinergi antara tiga sumber umat Islam yang utama iaitu zakat, wakaf, dan baitulmal. Ketiga-tiga institusi ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan taraf hidup umat Islam. Akan tetapi sehingga kini ketiga-tiga institusi ini masih beroperasi secara berasingan dalam aspek perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek khususnya perumahan. Jurang ini menyebabkan berlakunya kelemahan pelaksanaan dalam perancangan dan pengagihan sumber antara institusi-institusi ini. Hal ini boleh menyebabkan kesan jangka panjang terhadap golongan asnaf. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu kerangka model yang menyatukan kekuatan dan kemampuan zakat wakaf dan baitulmal secara sistematik. Model ini dibina melalui analisis konsep fungsi institusi Islam dan keperluan sokongan dalam pengurusan bantuan perumahan. Cadangan ini dijangka dapat memperkukuh kelangsungan permulaan strategik perumahan asnaf di Malaysia serta menyumbang kepada penambahbaikan dasar kebajikan Islam yang berpaksikan maqasid syariah.










