Dari pasar Mekah ke Malaysia Madani: Meneladani sifat Rasulullah SAW dalam pemasaran Islam bagi usahawan Muslim

Authors

  • Hawez Qarni Ahmad Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Gong Badak, Terengganu, Malaysia
  • Nur Syazana Adam Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), 21300, Gong Badak, Terengganu, Malaysia
  • Nur Farha Muhammad Faleh Lai Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia

Keywords:

Sifat Rasulullah, Panduan Pemasaran, Islam, Usahawan Muslim, Madani

Abstract

Rasulullah s.a.w. merupakan satu susuk yang memiliki peribadi unggul dalam semua aspek termasuk akhlak dan perilaku. Hal ini menjadikan setiap sesuatu yang disandarkan kepada baginda s.a.w. sangat wajar dijadikan teladan dalam menghadapi cabaran kehidupan kontemporari, termasuk dalam bidang keusahawanan. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji panduan pemasaran berteraskan Islam sebagai panduan usahawan Muslim melalui sorotan terhadap sifat-sifat kenabian Rasulullah s.a.w. yang merangkumi siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber daripada sekunder seperti jurnal, artikel ilmiah, tesis dan karya turath dan data-data yang diperoleh tersebut dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa sifat-sifat Rasulullah s.a.w. bukan sahaja berperanan sebagai instrumen penting dalam membentuk etika dan integriti usahawan Muslim, bahkan turut menjadi kerangka nilai dalam amalan pemasaran dan keusahawanan Islam yang bersepadu. Nilai-nilai ini berupaya membezakan antara kejujuran dan kepalsuan dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan serta menjadi panduan ke arah kejayaan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Justeru, empat sifat utama daripada sifat-sifat mulia kenabian yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. sewajarnya diangkat sebagai asas pembentukan etika keusahawanan Muslim yang progresif, berdaya saing dan selari dengan aspirasi pembinaan ekonomi masyarakat madani yang berteraskan nilai-nilai Islam..

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Ahmad, H. Q., Adam , N. S., & Muhammad Faleh Lai, N. F. (2025). Dari pasar Mekah ke Malaysia Madani: Meneladani sifat Rasulullah SAW dalam pemasaran Islam bagi usahawan Muslim. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 1119–1136. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3523