Keselamatan makanan dalam perspektif Islam: Analisis berdasarkan istilah tayyiba dalam Al-Qur'an

Authors

  • Shahirah Said Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • Emie Sylviana Mohd Zahid Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • Habibah Ayob Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • Azizon Salleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • Ameer Bukhorie Ali Yayasan Islam Pulau Pinang, SIRIM Wilayah Utara , Lot PT483 Mukim 6, Jalan Permatang Pauh, 13500 Seberang Perai, Pulau Pinang

Keywords:

Tafsir al-Mawdu‘iy, halal, tayyiba, keselamatan makanan

Abstract

Konsep tayyiba dalam al-Qur’an membuka dimensi baharu terhadap perbincangan keselamatan makanan yang sering dilihat dari sudut teknikal semata-mata. Realiti semasa menunjukkan cabaran seperti keracunan makanan, bahan tercemar, serta isu integriti pengendalian masih berulang walaupun piawaian moden seperti HACCP, GMP dan MeSTI telah diguna pakai. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan menganalisis 21 ayat al-Qur’an yang mengandungi istilah tayyiba serta tafsir dan literatur kontemporari. Analisis tematik menemukan empat teras utama: Tayyiba menegaskan bahawa halal tidak terpisah daripada unsur kebersihan, khasiat dan keselamatan;  manusia diposisikan sebagai khalifah yang mengurus sumber makanan secara adil dan lestari; piawaian moden sebenarnya mengoperasikan roh tayyiba dalam bentuk prosedur teknikal; dan  keselamatan makanan menuntut nilai etika, integriti serta kesedaran spiritual. Kajian ini menegaskan bahawa halalan tayyiban ialah suatu paradigma holistik yang menghubungkan wahyu, sains dan etika, justeru mampu menawarkan jawapan tuntas kepada krisis keselamatan makanan masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Said, S., Mohd Zahid, E. S., Ayob, H., Salleh, A., & Ali, A. B. (2025). Keselamatan makanan dalam perspektif Islam: Analisis berdasarkan istilah tayyiba dalam Al-Qur’an. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 1059–1074. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3520