Gelagat pengguna Muslim di Instagram terhadap label 'No Pork, No Alcohol': Kajian kes Restoran OMG Crab

Authors

  • Annisaa Hurral Ain Azarudin Diploma Pengurusan Halal, ACIS, UiTM Kampus Negeri Sembilan, Cawangan Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan
  • Azarudin Awang Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, 21300 Sura Hujung, Dungun, Terengganu

Keywords:

Penggunaan, Label, No Pork No Alcohol’, Pelangan Muslim, OMG Crab

Abstract

Makanan halal merujuk kepada makanan yang dibenarkan oleh syarak dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Qur'an dan Hadis. Justeru, makanan halal bukan sahaja tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan seperti alkohol, daging babi, atau bahan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam malah turut melibatkan cara penyediaan dan kaedah pengedaran makanan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh label "No Pork, No Alcohol" (Tiada Babi, Tiada Alkohol) di restoran OMG Crab terhadap tingkah laku pengguna Muslim dalam pemilihan menu yang ditawarkan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan yang terdapat di laman instagram restoran OMG Crab, termasuk gambar, video, dan kapsyen yang berkaitan dengan penggunaan label tersebut serta maklum balas pengguna melalui sosial media tiktok. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun restoran menggunakan label "No Pork, No Alcohol" bukanlah suatu jaminan terbaik terhadap pematuhan halal, namun didapati terdapat dalam kalangan pelanggan Muslim merasai dan menikmati hidangan yang disediakan dengan begitu yakin. Kajian ini penting untuk memberi pemahaman kepada pengguna Muslim mengenai kekeliruan yang boleh timbul daripada label "No Pork, No Alcohol" dan dalam masa yang sama ia memberi kesedaran kepada pengusaha restoran mengenai kepentingan memperoleh sijil halal dari pihak JAKIM bagi meningkatkan keyakinan pelanggan serta mematuhi prinsip halalan toyyiban.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Azarudin, A. H. A., & Awang, A. (2025). Gelagat pengguna Muslim di Instagram terhadap label ’No Pork, No Alcohol’: Kajian kes Restoran OMG Crab. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 1161–1170. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3517