Jenayah genosid terhadap hak asasi manusia: Tinjauan menurut undang-undang antarabangsa Islam
Keywords:
Genosid, hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, undang-undang antarabangsa Islam, kemanusiaanAbstract
Makalah ini membincangkan tentang jenayah genosid yang diiktiraf sebagai salah satu jenayah antarabangsa utama oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Jenayah genosid ini menjadi ancaman utama terhadap kehidupan umat manusia kerana meruntuhkan nilai kemanusiaan dan mengakibatkan pembunuhan secara besar-besaran berdasarkan kelompok tertentu. Sebagai contoh, peristiwa Holokus, pembunuhan hampir 1 juta suku Tutsi di Rwanda, tragedi Srebrenica dan yang terkini ialah genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Gaza. Makalah ini mengkaji jenayah genosid menurut undang-undang-undang antarabangsa Islam dan melihat keselariannya dengan undang-undang antarabangsa moden kerana Islam sangat menekankan prinsip kemanusiaan dalam hubungan antarabangsa. Tambahan pula, banyak kajian berkaitan jenayah genosid menurut undang-undang antarabangsa moden tetapi kurang membandingkannya dengan undang-undang antarabangsa Islam. Selain itu, sumbangan undang-undang antarabangsa Islam sering dikesampingkan dalam wacana hak asasi manusia antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualititatif berbentuk analisis tekstual terhadap dokumen perundangan utama berkaitan jenayah genosid. Hasil kajian mendapati bahawa peruntukan di dalam undang-undang antarabangsa Islam dilihat selari dengan undang-undang antarabangsa moden dalam menilai genosid sebagai jenayah yang melanggar hak asasi manusia. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa terdapat keperluan untuk mengintegrasikan undang-undang antarabangsa Islam ke dalam perbahasan berkaitan hak asasi manusia untuk memperkaya wacana ilmiah berkaitan kemanusiaan.