Pelaksanaan prinsip kewangan Islam: Satu tinjauan awal di Koperasi Kolej Poly-tech MARA Kuala Lumpur Berhad

Authors

  • Mohd Marzuki Ali Centre for Islamic Studies, General & Languages, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM
  • Mohamad Khairuddin Majidillah Centre for Islamic Studies, General & Languages, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM
  • Muhd Bazli Hashim Centre for Islamic Studies, General & Languages, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM

Keywords:

kewangan Islam, koperasi, KOMASA, patuh syariah, tinjauan awal

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang meneliti pelaksanaan prinsip kewangan Islam dalam operasi Koperasi Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur Berhad (KOMASA). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti produk kewangan Islam seperti mudarabah, murabahah, al-qard hasan dan lain-lain diamal dan diaplikasi dalam aktiviti koperasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual awal dengan pegawai pengurusan koperasi serta analisis dokumen-dokumen berkaitan seperti laporan tahunan, aturan dan garis panduan kewangan koperasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat usaha ke arah pematuhan prinsip kewangan Islam, termasuk produk simpanan am, penggunaan konsep pinjaman tanpa faedah (al-Qard Hasan) dan pelaburan yang tidak melibatkan unsur yang dilarang syarak. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti, seperti kekangan ilmu syariah dalam kalangan pentadbiran, kekurangan sistem pemantauan syariah yang formal, serta keperluan latihan dan pendedahan berterusan. Kajian ini mencadangkan agar koperasi memperkukuh aspek kepatuhan syariah melalui penubuhan jawatankuasa penasihat syariah dan kerjasama strategik dengan institusi kewangan Islam. Tinjauan awal ini diharap dapat menjadi asas kepada kajian lebih mendalam di masa hadapan mengenai amalan kewangan Islam dalam sektor koperasi pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Ali, M. M., Majidillah, M. K., & Hashim, M. B. (2025). Pelaksanaan prinsip kewangan Islam: Satu tinjauan awal di Koperasi Kolej Poly-tech MARA Kuala Lumpur Berhad. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 1126–1143. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3512