Prinsip al-ʿadālah dan al-musāwah sebagai teras fiqh kemajmukan: Analisis konsep dan aplikasinya dalam masyarakat majmuk

Authors

  • Ahmad Amirul Zulkifli Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), University Teknologi Mara, (UiTM) Malaysia.
  • Wan Mohd Yusof Wan Chik Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin. Terengganu Malaysia
  • Abd Wahab Md Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), University Teknologi Mara, (UiTM) Malaysia
  • Mohd Marbawi Taha Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), University Teknologi Mara, (UiTM) Malaysia
  • Abdul Rahman Ahmad Tirmizi Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), University Teknologi Mara, (UiTM) Malaysia

Keywords:

Fiqh Kemajmukan, Keadilan, Kesamaan

Abstract

Metodologi nabawi dalam mendepani masyarakat majmuk ternyata berkesan dengan konsep yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Segala instrumen yang dibentuk berasaskan kefahaman para fuqaha, mujtahid dan sarjana Islam boleh dijadikan asas yang bersifat umum dan dinamik. Justeru kajian ini akan mengupas berhubung dua asas utama dalam pembentukan Fiqh Kemajmukan iaitu prinsip al-adÉlah dan prinsip al-musÉwah. Kajian berhubung kedua-dua prinsip yang digariskan ini adalah selari dengan al-Quran, hadis serta perlu dilihat dalam kerangka sesuatu masyarakat majmuk. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen terhadap sumber-sumber yang berkaitan dengan definisi dan prinsip asas Fiqh Kemajmukan. Data kualitatif ini seterusnya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, induktif dan deduktif. Hasilnya, kajian mendapati bahawa sebuah komuniti yang harmoni akan terwujud dengan mengetengahkan prinsip al-‘adÉlah dan al-musÉwah. Prinsip-prinsip ini memainkan peranan yang signifikan dalam menjamin kesaksamaan hak, kebebasan, serta tanggungjawab individu dan masyarakat dalam kerangka sebuah negara Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Zulkifli , A. A., Wan Chik , W. M. Y., Md Ali , A. W., Taha , M. M., & Ahmad Tirmizi, A. R. (2025). Prinsip al-ʿadālah dan al-musāwah sebagai teras fiqh kemajmukan: Analisis konsep dan aplikasinya dalam masyarakat majmuk. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 1065–1077. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3505