Penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf: Analisis hadis-hadis terpilih
Keywords:
Wakaf, Wakaf Tunai, Dinar Emas, HadisAbstract
Amalan berwakaf dilihat dapat memberi kesan yang besar ke arah memperolehi sumber kekayaan yang membawa kepada pembangunan dan kemajuan secara menyeluruh. Amalan berwakaf menggunakan wang fiat merupakan instrumen yang diguna pakai dalam kebanyakan kaedah wakaf tunai pada hari ini. Kajian ini melihat bahawa permasalahan yang ada pada sifat wang fiat boleh mengganggu gugat elemen kekekalan ain’ dalam amalan wakaf tunai. Oleh yang demikian, kajian ini umumnya bertujuan meneliti potensi penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf. Penelitian ini bertujuan mengenal pasti asas dinar emas sebagai medium berwakaf. Beberapa persoalan berkaitan asas dikemukakan, asasnya sebagai medium berwakaf dalam Quran dan Hadis. Justeru itu, kertas kerja ini akan memfokuskan analisis ke atas dinar emas sebagai medium berwakaf bertujuan mengenal pasti asas dinar emas sebagai medium berwakaf berdasarkan Hadis menurut pandangan sarjana Islam. Kajian ini berbentuk penerokaan, maka pengumpulan data diperoleh daripada kajian dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati, pertama tidak ada Hadis yang menerangkan tentang wakaf menggunakan dinar emas. Kedua, perbincangan dalam Hadis tentang wakaf dan dinar emas adalah lebih terperinci. Ketiga, keselarian antara amalan sedekah dan dinar emas sebagai barang berharga hampir sama dalam Quran dengan Hadis. Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat penggunaan dinar emas dalam konteks bersedekah sebagaimana amalan wakaf.










