Manifestasi pembangunan tanah wakaf melalui transformasi strategi lautan biru dalam usaha keterjaminan makanan di Malaysia

Authors

  • Sakinatul Raadiyah Abdullah Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah Branch, Malaysia
  • Surita Hartini Mat Hassan Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pahang Branch, Malaysia.
  • Che Khadijah Hamid Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu Branch, Malaysia
  • Salimah Yahaya Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Terengganu Branch, Malaysia
  • Nik Liyana Mustapa@Nik Daud cademy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah Branch, Malaysi

Keywords:

Wakaf, Pembangunan Tanah WakafPembangunan Tanah Wakaf, Strategi Lautan Biru, Transformasi, Keterjaminan Makanan

Abstract

Wakaf terbukti berjaya meningkatkan kekuatan ekonomi dan sosial masyarakat Islam. Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia menyaksikan benteng ekonomi negara terkena tempias dan kesannya terpalit pada isu keterjaminan makanan di Malaysia. Intervensi institusi wakaf dilihat sebagai medium yang berpotensi dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat. Di Malaysia, statistik tanah wakaf terkumpul semakin meningkat dengan kepelbagaian transformasi kaedah berwakaf. Namun begitu, menjadi persoalan bagaimanakah tanah wakaf boleh dikembangkan dan ditransformasikan sebagai penguat sektor pertanian dalam keterjaminan makanan. Hakikatnya dalam zaman kontemporari kini, terdapat cabaran dalam pengurusan dan penggunaan harta wakaf secara efektif untuk kepentingan yang maksimum. Strategi Lautan Biru (SLB) merupakan suatu revolusi dalam strategi perniagaan dan inisiatif kaedah global yang menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam perancangan perniagaan dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Transformasi SLB ini dilihat sebagai satu manifestasi dalam pembangunan wakaf di Malaysia. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti potensi pembangunan tanah wakaf melalui kaedah SLB dalam usaha keterjaminan makanan di Malaysia. Pengumpulan data diperolehi daripada kajian dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemerkasaan wakaf dalam sektor makanan melalui strategi inovatif dapat memberi impak yang signifikan terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Abdullah, S. R., Mat Hassan, S. H., Hamid, C. K., Yahaya, S., & Mustapa@Nik Daud, N. L. (2025). Manifestasi pembangunan tanah wakaf melalui transformasi strategi lautan biru dalam usaha keterjaminan makanan di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 1016–1025. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3500