Konsep dan realiti fiqh kemajmukan berdasarkan sirah al-Nabawiyyah
Keywords:
Fiqh Kemahjmukan, Keharmonian, masyarakat, MajmukAbstract
Islam merupakan agama yang memberikan perhatian khusus terhadap aspek keharmonian dalam sesebuah entiti masyarakat. Hal ini boleh dibuktikan menerusi kandungan ayat al-Quran, hadis Nabi SAW dan pengamalan melalui tatacara kehidupan Rasulullah SAW (sirah al-Nabawiyyah) yang banyak membahaskan perkara tersebut. Justeru kajian ini akan menjalankan analisis terhadap konsep fiqh kemajmukan. Kajian kualitatif ini akan mengupas pandangan ilmuwan Islam secara terperinci menggunakan metode induktif, deduktif serta komparatif. Hasilnya, kajian mendapati bahawa terdapat tiga dimensi utama dapat dipecahkan berdasarkan konsep fiqh kemajmukan untuk melahirkan sebuah masyarakat majmuk yang sejahtera. Tiga dimensi yang dimaksudkan adalah dimensi Makkah, dimensi Habsyah dan dimensi Madinah. Berdasarkan sorotan Sirah al-Nabawiyyah dapat disimpulkan sebuah model masyarakat majmuk sekali gus menolak dakwaan Islam menolak kemajmukan dan kepelbagaian dalam sesebuah entiti masyarakat. Kewujudan tiga dimensi ini sudah cukup membuktikan ketamadunan Islam sebagai sumber asas pembentukan masyarakat majmuk dan melahirkan solusi dan penyelesaian untuk kebaikan manusia sejagat.










