Pengaruh kepimpinan sekolah rendah terhadap kualiti perkhidmatan di Malaysia: Satu tinjauan komprehensif.

Authors

  • Noorveda Hashim Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Roslee Talip Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Keywords:

Kualiti Pendidikan, Kepimpinan Sekolah Kualiti Perkhidmatan, Gaya Kepimpinan, Sekolah Rendah

Abstract

Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, kepimpinan sekolah rendah
memainkan peranan yang kritikal dalam menentukan kualiti pendidikan dan penyampaian
perkhidmatan secara keseluruhan. Kepimpinan sekolah yang berkesan bukan sahaja penting
untuk memupuk kecemerlangan akademik, malah turut berperanan dalam mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif serta mempengaruhi iklim sekolah secara menyeluruh.
Kertas konsep ini membincangkan hubungan antara kualiti pendidikan, kepimpinan sekolah
rendah dan kualiti perkhidmatan di Malaysia, dengan merujuk kepada dasar-dasar negara
seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025, Matlamat Pembangunan
Mampan (SDG), Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, dan Rancangan Malaysia Kedua
Belas (RMK-12). Perbincangan ini bersandarkan kepada analisis data sekunder yang
diperoleh daripada dapatan kajian lepas serta pandangan para sarjana. Kertas ini berusaha
mengupas bagaimana amalan kepimpinan mempengaruhi kualiti pendidikan dan penyampaian
perkhidmatan di sekolah rendah di Malaysia. Selain itu, kertas konsep ini juga bertujuan
menyumbang idea awal berkaitan kajian yang akan dijalankan mengenai pengaruh kepimpinan
sekolah terhadap kualiti perkhidmatan. Dapatan literatur yang dikemukakan diharapkan dapat
memberikan maklumat berguna kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam merangka program bagi memperkasakan lagi amalan kepimpinan sekolah.
Akhir sekali, maklumat yang dikemukakan dalam kertas konsep ini turut diharapkan dapat
menjadi rujukan kepada para pengkaji dalam bidang kepimpinan sekolah untuk membentuk
strategi meningkatkan kualiti pendidikan dan penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan
pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Hashim, N., & Talip, R. (2025). Pengaruh kepimpinan sekolah rendah terhadap kualiti perkhidmatan di Malaysia: Satu tinjauan komprehensif. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3488